Wednesday 4 May 2011

Pengenalan

Antara salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pekebun adalah penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) yang disebabkan oleh kulat yang dipanggil Ganoderma Boninense. Pokok kelapa sawit yang diserang penyakit RPB boleh menyebabkan kerugian hasil tananam dari dua segi, yang pertama penyakit ini boleh mengurangkan bilangan tandan dan berat buah serta mampu membunuh pokok. Angaran kasar yang didapati melalui kajian oleh Malaysia Palm Oil Board (MPOB) serangan RPB boleh menyebabkan pengurangan sebanyak 26 - 45 peratus daripada hasil yang sepatutnya diperolehi.

Amalan peladangan yang baik dapat mengurangkan kadar serangan penyakit RPB disamping dapat mempertingkatkan hasil tanaman dan juga ketahanan pokok daripada serangan penyakit, selain itu juga dengan mengamalkan amalan peladangan yang baik dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok untuk jangka masa panjang.

Selain daripada mengamalkan pengurusan ladang peladang perlu mempunyai asas pengetahuan yang boleh menyebabkan RPB berlaku dan juga cara terbaik untuk mengawal atau membunuh pertumbuhan RPB

Untuk Tempahan,
Sila Hubungi Azhar 010-717 22 48
Atau
Email : dinar0107172248@gmail.com
Harga (50kg): RM85.00

Harga Boleh Dirunding