Penyebaran Penyakit Ganoderma


Ganoderma merupakan parasit fakultatif yang hidup secara saprofitik pada

pangkal dan batang pokok yang mereput yang menjadi sumber makanannya (Flood

& Hasan, 2004). Turner (1981) melaporkan bahawa jangkitan dan penyebaran

Ganoderma berlaku melalui persentuhan akar. Kejadian penyakit bermula apabila 


terdapat sentuhan antara akar pokok yang sihat dengan tisu akar atau batang

pokok asal yang telah dijangkiti kulat Ganoderma yang dibiarkan mereput di ladang.

Kulat Ganoderma akan menjangkiti dan tumbuh ke dalam akar sehingga jangkitan

sepanjang akar sampai ke pangkal batang pokok kelapa sawit. Melalui persentuhan

akar pokok sihat dengan pokok terjangkit, maka beberapa tapak jangkitan akan 


terbentuk di dalam sesuatu ladang, kemudiannya tapak-tapak jangkitan ini akan 


bercantum membentuk tompokan penyakit yang besar (Idris & Ariffin, 2003).  


Artikel Daripada : http://eprints.usm.my