Kitar hidup kulat Ganoderma


Kitar hidup kulat Ganoderma Basidiospora yang haploid dihasilkan oleh basidium 


(1). Basidiospora bercambah menjadi miselium manokarion. Dua monokarion yang serasi bertemu, pertaupan hifa dan plasmogami berlaku menghasilkan hifa dwikarion

(2). Mekanisme dwikariotisasi berlaku di mana penghubung kapit (clamp connection) terbentuk bagi mengekalkan keadaan dwikarion pada misleum baru

(3)&(4). Seterusnya basidiokarpa terbentuk

(5). Lapisan himenium terbentuk

(6) dan basidium terbentuk

(7). Kariogami berlaku dalam basidium

(8) dan selepas meiosis, empat nukleus haploid terbentuk

(9). Pembentukan empat tonjolan merupakan peringkat awal pembentukan basidiospora

(10). Seterusnya setiap nukleus  bergerak ke tonjolan dan akhirnya empat basidiospora terhasil pada hujung basidium (Esser & Kuenen, 1967).

Artikel Daripada : http://eprints.usm.my