Apa itu Penyakit Ganoderma ??

        Ganoderma merupakan parasit fakultatif yang hidup secara saprofitik pada 

pangkal dan batang pokok yang mereput yang menjadi sumber makanannya
(Flood

& Hasan, 2004). Turner (1981) melaporkan bahawa jangkitan dan penyebaran

Ganoderma berlaku melalui persentuhan akar. Kejadian penyakit bermula apabila

terdapat sentuhan antara akar pokok yang sihat

dengan tisu akar atau batang pokok asal yang telah

 dijangkiti kulat Ganoderma yang dibiarkan mereput di ladang.


       Kulat Ganoderma akan menjangkiti dan tumbuh ke dalam akar sehingga jangkitan 

sepanjang akar sampai ke pangkal batang pokok kelapa sawit
. Melalui persentuhan

akar pokok sihat dengan pokok terjangkit, maka beberapa tapak jangkitan akan

terbentuk di dalam sesuatu ladang, kemudiannya tapak-tapak jangkitan ini akan

bercantum membentuk tompokan penyakit yang besar (Idris & Ariffin, 2003).  12

Turner (1981) juga melaporkan bahawa fungsi basidiospora  Ganoderma dalam

penyebaran penyakit adalah amat tidak jelas.

        Dengan penyebaran yang begitu luas,  dijangka setiap pokok kelapa sawit dalam satu 


ladang akan dijangkiti penyakit RPB  jika basidiospora berupaya menyebarkan jangkitan.

Artikel Daripada : http://eprints.usm.my